Hari pertama sekolah, introduce myself in front of student around my aged which is about 7 years ago dengan loghat berbeza was so beautiful and memorable. Penghujung Ogos 2008 "Ya. Kenalkan nama kamu. Dari mana. Sekolah mana. Silakan." Pandang cikgu berkemeja putih silih ganti dengan berbelas anak mata yang ingin tahu dalam kelas berdinding kayu bertiang batu. Aku tarik nafas dalam-dalam. Dah biasa kenalkan diri, I got this. "Assalamualaikum. Name saye..." "Nama saya." Cikgu betulkan. Aku pandang cikgu semula kerana sedikit terkejut sebelum pandang seisi kelas. "Name saye..." "Nama saya." Dia betulkan lagi. "Name saye..." "Nama saya." Aku dengan beg sebesar alam dan anak tudung ke depan terdiam, dan perlahan-lahan beradaptasi. Negeri ini bukan sahaja jauh untuk aku jejaki, tapi cukup berbeza. Asing, tapi selamat. Polosnya menjadi seorang kanak-kanak tanpa perlu terkesan ...