Hari pertama sekolah, introduce myself in front of student around my aged which is about 7 years ago dengan loghat berbeza was so beautiful and memorable.
Penghujung Ogos 2008
"Ya. Kenalkan nama kamu. Dari mana. Sekolah mana. Silakan."
Pandang cikgu berkemeja putih silih ganti dengan berbelas anak mata yang ingin tahu dalam kelas berdinding kayu bertiang batu. Aku tarik nafas dalam-dalam. Dah biasa kenalkan diri, I got this.
"Assalamualaikum. Name saye..."
"Nama saya." Cikgu betulkan.
Aku pandang cikgu semula kerana sedikit terkejut sebelum pandang seisi kelas. "Name saye..."
"Nama saya." Dia betulkan lagi.
"Name saye..."
"Nama saya."
Aku dengan beg sebesar alam dan anak tudung ke depan terdiam, dan perlahan-lahan beradaptasi. Negeri ini bukan sahaja jauh untuk aku jejaki, tapi cukup berbeza. Asing, tapi selamat.
Polosnya menjadi seorang kanak-kanak tanpa perlu terkesan dengan anasir luar. Aku rasa kalau aku yang tujuh tahun dulu tahu macamana huru haranya menjadi dewasa, she will think twice to grow up a lil bit faster. Dunia dewasa ini… bising. Mungkin akan tenang sedikit jika mereka belajar untuk keep their opinion to themselves. Tapi hidup selayaknya diteruskan, dan perbaiki apa yang salah. Human learn from mistakes, no?
Mungkin sebab tu ada yang berpendapat untuk tidak mengubah masa lalu, dan berharap untuk berhenti membesar pada usia 23 tahun; tahun akhir sebelum menggenggam segulung ijazah. Sebab berada di persekitaran yang ikhlas dan bebas itu sememangnya dirindukan.
SK Gum-Gum, Sandakan, Sabah. 2008-2011.
(I still remember the school’s anthem omg)
