Didn't want a battle,
Yet you declared war,
Each knock you gave me made me stronger than before.
I will not give up,
I will not give in.
You won't make me fall.
I won't let you win.
Life’s Own Battle oleh Emma Jackson
2022
Slot Teknik Solekan anjuran Kelab Dinamika
“Sebelum letakkan base dan bedak asas, you all kena pakai eyeshadow dulu. Tahu tak kenapa?” Seorang gadis muda berkulit licin mengalahkan gelas yang memakai turban di kepala itu melontarkan soalan kepada pengunjung yang sudah siap sedia duduk di hadapan cermin masing-masing. Julia menebar pandangan ke seluruh pelusuk dewan melihat wajah-wajah polos yang kelihatan lost itu.
“Sebab lebih mudah bersihkan kotoran bawah mata tanpa rosakkan foundation.” Dia hanya tersenyum melihat masing-masing mengangguk faham. “Okay, seterusnya. Ambil berus yang I pegang ni dan angkat tinggi-tinggi.” Seisi dewan kecil itu melakukan perkara sama.
“Tahu tak berus yang I pegang ni berus apa?”
“Err, berus blending untuk mata?” Sahut satu suara mencuba nasib.
“Betul. Berus ni penting untuk mengadun warna, bukan untuk hilangkan warna. Ingat tu. Berus blending ini juga penting untuk lembutkan solekan campuran beberapa warna.”
“Okay, seterusnya foundation. Research shows that foundation is the cosmetic that has the biggest impact on how women are perceived. Foundation ni bukan macam skin care lain yang boleh di calit ke serata wajah. Oles foundation pada satu titik, sebelum ke titik yang lain. Apa dia, class?”
“Sapu foundation pada satu titik sebelum ke titik yang lain.” Satu dewan kuliah itu bergema, menyebut satu demi satu perkataan.
“Kalau you all letak foundation pada pipi kanan, oles terlebih dahulu sebelum beralih pada bahagian-bahagian lain. Kalau dibiarkan foundation lama, teksturnya mungkin bertukar dan jadi kering. Seterusnya, concealer perlu letak atas foundation. Kalau ada yang tak sekata, baru gunakan concealer.”
Masing-masing bereksperimentasi sendiri dengan segala macam skin care product di tangan. Bagi mereka yang baru pertama kali jumpa merasa sedikit janggal dan kekok malah ada yang mengetawakan sesama sendiri apabila olesan foundation yang di buat tidak kemas.
“Aku rasa pipi aku tebal.”
“Kalau aku pakai macam ni confirm esok Miss Shasha tak kenal dah lepastu terus pangkah kehadiran aku.”
Julia berpuas hati dengan progres slotnya pada pagi Sabtu itu yang rata-rata dihadiri oleh pelajar yang baru mendaftar semester ini. Sambutannya memberansangkan, jauh lebih baik dari semester lalu.
“Bagus. Kesemua produk I boleh didapatkan secara atas talian, malah I ada bawa produk Julia Beauty bersama-sama I incase kalau ada yang nak beli untuk trial pack. So, any questions?”
Seorang pelajar perempuan yang memakai selendang berwarna hitam segera mengangkat tangan dalam keramaian yang serba pasif. Kesemua mata kini fokus ke arah gadis itu.
“Boleh saya tahu, semua produk yang cik Julia pilih ni memang bebas dari toxic ingredient yang takkan memberi kesan buruk pada si pemakai ke?”
Soalan itu membuatkan seisi dewan tersampuk. Riak wajah Julia sedikit berubah, lagi-lagi mengenangkan produk-produk yang diperkenalkan kepada pelajar di kolej itu adalah produk milik syarikatnya sendiri. Dia mulakan dengan senyuman segaris dan menyandarkan tubuh di hadapan meja, lebih santai.
“Good question. Of course. Julie Beauty products are free of sulfates, free of parabens and free of harsh ingredients. You boleh baca dulu kut sebelum tanya.” Jawapan itu membuatkan beberapa pelajar ketawa sinis.
Julia meluruskan tubuh lalu berdiri tegak di tengah-tengah dewan. Tampak serius dan yakin. “I antara pengguna terawal semua produk skin care yang I bawa hari ni. Takkan la I nak pakai produk yang membahayakan diri I sendiri, dan jual pada masyarakat. Hasilnya, you boleh tengok sendiri. Apa yang buat you persoalkan produk yang dah lalui semua SOP yang ditetapkan kementerian kesihatan? Oh, sekejap.” Matanya memanah tajam ke arah penyoal sebelum tersenyum, jauh lebih manis. “You buat course apa?”
Gadis itu terdiam sejenak. “Accounting.”
“Patut la. No worries, you boleh mintak kerja dekat company I bila you graduated waktu tak ada sesiapa ambil you kerja nanti. Mungkin waktu tu you akan lebih faham how we works damn so hard.” Ada yang bersorak ketika Julia melantunkan sarkastism sebelum memalingkan tubuhnya untuk ke meja yang disediakan di bahagian hadapan dewan. “Its okay, crowd. Customers always right.” Dewan gamat lagi.
Dahlia tersenyum kecil, tenang walaupun dimalukan di hadapan ratusan orang. “Glad to hear that since bila saya tengok closer inspection, all these product gunakan petro chemical compounds, resins, silicones and plastics. You will also see PEG's, MEA's, DEA's and TEA's. I’m sure that I had read that before.” Beberapa orang pelajar sudah mula berbisik sesama sendiri, wajah Julia juga sudah berubah tegang. Flyers yang dikumpulkan di tangan diramas sedikit.
“Bahan-bahan ni berfungsi sebagai surfactants which are foam boosters and viscosity thickeners. Kesemua bahan mengandungi toxic impurities. But no wonder la, you marketers are good to play with words. I belajar jugak benda tu.” Dahlia mengangkat sebelah bahu.
Julia berdehem perlahan dengan wajah memerah apabila keriuhan dewan tidak mampu disenyapkan. “I percaya yang I tak salah dengar you are in accounting major, don’t you?”
💄
Hujan lebat sejak subuh masih bersisa sehingga pagi. Langit membiru, bayu sejuk lembut menampar pipi. Beberapa titisan air menitik dari dedaun hijau yang ditanam sederet dalam pagar Kolej Universiti Yayasan Al Aziz (KYAA) itu. Volkwagen Polo menderu masuk melepasi pagar, menerbangkan sekeping kertas hebahan Persediaan Ke Alam Pekerjaan: Slot Teknik Solekan tadi yang tersadai di atas tar sebelum diparkir bersebelahan dengan dewan Malik Anas.
Redza mematikan enjin kereta. Telefon pintar dikeluarkan dari poket seluar untuk menyemak email penting sebelum ditimpa bersama fail-fail yang lain. Dari jauh, dia nampak wajah Julia yang tegang. Lelaki itu menggeleng kecil seraya keluar dari kereta. Dia bersandar lepak di tiang pintu menunggu wanita itu mendekatinya.
“I thought that make up makes women look younger.”
Usikan Redza itu dibalas dengan jelingan tajam. “I pun percaya yang dalam masa terdekat, kolej tempat you mengajar ni akan dinaik taraf jadi universiti.”
Redza mengangkat sebelah kening. “Why so out of sudden?”
Julia merengus perlahan. “One of your student persoalkan bahan-bahan dalam produk I and who the hell accounting student ada interest with chemistry?”
Redza ketawa bersahaja. “People seek knowledge la. By the way, yang mana?” Dia tanya sekadar untuk menyakitkan lagi hati Julia, tak berniat pun nak tahu lebih lanjut siapakah si gerangan yang berjaya buat wanita yang bijak berhujah itu beremosi tahap petala ke lapan pagi-pagi.
Julia bergerak mendekati pintu penumpang hadapan seraya membuka pintu. “That one yang pakai selendang hitam, jubah kelabu on your right. Haa, sepadan la dengan you. Bincang dekat dalam la. Panas.” Terus dia tutup pintu kereta.
Redza memandang ke arah tubuhnya yang kebetulan menyarungkan kemeja kelabu dan berseluar slek hitam. Dia sekadar mengangkat bahu, namun sempat juga matanya menangkap figura yang di maksudkan Julia. Sibuk dengan botol air di tangan sambil melangkah tenang, bersendirian.
“The one yang dapat rosakkan mood Julia in one-shot. Interesting.” Dia tersenyum nipis sebelum membiarkan tubuhnya di telan kereta.
💄
“Kau pergi bengkel tu?!” Suara separa menjerit Raihana menyapa telinga Dahlia, mendahului salam. “Jangan cakap kau point out salah orang lagi dekat sana.”
Dahlia menjarakkan sedikit skrin dari telinganya. “Aku bertanya, okay. Ada beza tu. Yang penting soalan aku berjawab.” Sebelah tangan menadah air dari water dispenser Cuckoo ke dalam botol air yang kosong sehingga penuh.
Kedengaran Raihana mengeluh. Degil. “Kau tengah buat apa tu?”
“Penuhkan air dalam botol. Nak kirim apa-apa tak?” Botol tupperware hitam itu diketap lalu dimasukkan ke dalam beg silang.
Raihana diam sejenak di hujung talian. Stok makanan banyak lagi dalam locker. “Taklah.”
“Dah tu kenapa call?” Gadis itu menyusun langkah di sepanjang laluan pejalan kaki yang berbumbung sambil melayan kawan sebiliknya membebel macam mak nenek. Dia mengadah langit yang membiru dan pokok hijau bersusun yang sudah berusia puluhan tahun seraya menarik senyuman segaris. Dahlia suka dengan suasana itu.
Can there be anything more lovely
Than the beauty of a tree?
Her leaves shimmering in the wind,
Dancing so gracefully.
The Beauty Of A Tree oleh GabbyMac60
“Mana tak call bila celik mata kau dah tak ada. Semua orang suruh cari kau dekat mana.” Pandai betul keluar senyap-senyap!
Dahlia ketawa bersahaja sambil meluruskan pandangan. “Raihana, you sound so asian. I’m doing good la. Jangan risau.”
“You always doing great. Orang lain yang kau dissed tu? Ada fikir?” Gadis itu menghela nafas. Kes Dahlia mempersoalkan secara terang-terangan business plan budak kewangan tempoh hari masih segar dalam ingatan. Raihana yakin belum ada yang lupa sehinggakan kemana sahaja mereka pergi, pasti menjadi tumpuan.
“Dah la tu. Balik sini terus, jangan pergi bengkel mana-mana lagi dah. Tengok kiri kanan.”
Dahlia merengus perlahan. “Tahu la. Aku bukan budak-budak...” Dahlia mula melintas untuk menyeberang ke kolej kediaman. Semuanya terjadi dalam sekelip mata ketika sebuah kenderaan meluncur laju dari arah kanan dan melanggar lecak yang tidak jauh dari tempat Dahlia berdiri.
“Oh, crap!” Gadis itu menjerit kecil.
“Dahlia?!”
“Aku okay. Nanti cerita.” Terus talian dimatikan. Dahlia ternganga tidak percaya melihat tubuhnya yang dah basah lencun dengan air longkang. Cecair bewarna coklat kehitaman tu dah sebati dengan jubah kelabu sehingga manik-manik kecil itu tidak lagi kelihatan. Telefonnya itu diselamatkan dahulu.
“Pfft-“ Dia menahan diri dari mencarut. Kawasan sekeliling lengang, mungkin semua masih bermalasan memandangkan cuti hujung minggu masih panjang. Dia memandang tajam Volkswagen Polo putih yang sudah terparkir di tepi jalan. Pintu sebelah pemandu dibuka dari dalam dan Dahlia masih terpacak tak tahu apa yang patut dia lakukan.
“Oh my God. I betul-betul minta maaf. I tak sengaja.” Redza menghampiri Dahlia dengan muka serba salah. Lelaki itu menggaru pelipis dahinya yang tidak gatal melihat Dahlia yang tercegat macam patung.
Dahlia menghela nafas. Tahan marah tu Dahlia. Jangan sedap-sedap rasa nak sembur anak orang. Dia dah minta maaf, kan? Terus dia mengangkat wajah dan pandangan mereka bersabung.
“Tak apa.” Ujarnya perlahan lantas melarikan mata ke arah jubah yang lencun dan merimaskan.
“I hantar you balik la. Duduk kolej mana? Ke non-resident?”
“Saya boleh balik sendiri. Thanks.” Terus gadis itu membelakangkan Redza untuk berlalu pergi. Aku nak sambung tidur.
“Excuse me?” Redza mengejar langkah pantas Dahlia.
“What?” Dahlia berpaling dengan muka toya seraya mematikan langkah. Kulit dah mula rasa tak selesa dan gatal-gatal. Dia cuma nak naik semula ke bilik dan membersihkan diri.
“Your phone number. Incase kalau kulit you alahan ke, you boleh claim bil klinik daripada I.” Redza menghulur telefon pintarnya kepada Dahlia. “Here.”
Malas nak panjang-panjangkan waktu bertentang mata dengan lelaki yang masih merenung ke arahnya, Dahlia menaip nombor telefonnya tanpa berfikir panjang. Geez, apa pandang-pandang? Dia pulangkan semula kepada tuannya.
“Okay. I pergi dulu.” Tanpa mampu ditahan, Redza ketawa lucu melihat Dahlia yang berlumur macam dalam lumpur. “Bye.” Terus dia masuk ke dalam perut kereta.
Dahlia hanya berdiri kaku sebelum ketawa tak percaya. Dia boleh gelakkan aku?
“Sekarang dia dah pakai make up from nature yang totally free chemical, thanks to you.” Suara di kerusi sebelah itu tersenyum puas. Padan muka! “Sekejap. You sengaja ke langgar lecak tu?” Julia mengecilkan mata.
Redza menjeling cermin pandang belakang melihat tubuh itu menapak pergi sebelum menarik tali pinggang keledar menyilang tubuh.
“Technically, yes. Sebab I tak boleh tengok muka makcik masam duduk sebelah I. Banyak lagi benda nak argue ni.”
“About what? That mica issue again?”
“We have come to a solution. So, senyum boleh?” Redza kembali meluruskan pandangan apabila Julia buat muka malas nak layan tapi dah tak semasam tadi. Dan ketawa lucu yang cuba di sembunyikan di sebalik belakang tapak tangan yang di lekapkan di bibir itu masih tak luntur.
The sound of your voice
Calling me by what I wish to be,
Ripples through the blood within me,
Causing my heart to melt,
Leaving me with a ridiculous smile
Planted on my face.
Princess oleh Arlene Kay
☂️
Sementara di bilik, Dahlia kena gelak berjemaah tanpa ampun. “Okay, this is freaking funny. Macamana boleh kena, Dahlia? Siapa langgar lopak air tu? Aku rasa ada orang dengki dengan kau ni.”
Dahlia mengangkat bahu gaya acuh tak acuh. “Entah. Kereta Volkswagen putih tak silap aku.”
“Jap, jap. Volkswagen putih? Polo ke?” Farhana bertanya penuh minat. Macam kenal.
“Mana la aku nak ingat Polo ke Jetta ke Passat ke Vento ke Tiguan ke apa.” Dahlia menjulingkan mata ke atas. Dia mencium sendiri baju yang tersarung di tubuhnya. Yucks! Terus dia menjarakkan muka.
“Kau ni no fun la, Dahlia.” Ada ke dia keluarkan semua senarai kereta keluaran syarikat German dekat Wolfsburg tu?
“Yang kau kisah siapa yang bawa kereta tu kenapa? Yang busuk sekarang ni aku tau, roommate kau.” Dahlia cekak pinggang. Dari dia tiba di aras yang menempatkan biliknya lagi Farhana sudah sakan menggelakannya. Elok dia mendongak dari anak tangga, semua mata sedang memandang ke arahnya sambil tahan senyum. Sudahnya dia melangkah dengan muka bersahaja membuka pintu bilik.
Raihana yang sedang bersandar malas di atas kerusi meja belajar hanya menggeleng. Itulah, buat naya orang lagi.
“Sorry la tapi kau tak kacak dan bawa kereta besar untuk di kisahkan.” Farhana ketawa gedik. Terus lupa apa yang dia nak kata tadi. “Pergi bersihkan diri cepat, lepas tu sapu ubat gatal. Kang ada apa-apa jadi susah.”
“Ni yang sayang ni.” Dahlia menghampiri, konon nak memeluk Farhana yang duduk di atas kerusi sambil menggeledah laci meja belajar mencari ubat sapu. Farhana dah macam buka farmasi mini dalam bilik itu memandangkan mak dia kerja di kilang pembuatan ubat. Segala jenis ubat dia ada.
“Don’t you dare! Pergi mandi sana!” Farhana dah terjerit kecil. Dahlia memuntahkan gelak. “Dia blah macam tu aje? Tak offer hantar balik ke apa?”
“Ada. Tapi aku balik jalan kaki.”
Farisya menepuk dahi. “Kau ni failed opportunity cost theory la, Dahlia. Skor ekonomi tapi tak reti aplikasi in real life.”
“Failed apanya?” Gadis itu bertanya malas, masih dalam mood nak melayan.
“Satu, kalau kereta tu dipandu lelaki yang nampak stabil in financial, kau mesti berpura-pura macam kena langgar dan patah kaki.”
“Kedua.” Giliran Raihana menyambung. Muka serius habis. “Mintak dia hantar kau pergi klinik or anything la untuk claim apa-apa kerugian. Jangan balik selagi tak gain any profit. Ingat, bukan titik pulang modal, tapi untung.”
“Kalau tak rugi?”
“Minta la business card!”
“Kalau tak ada jugak?”
“Kau la bagi nombor.” Riuh bilik itu dengan gelak tawa.
Dahlia menggeleng. Teori tak boleh pakai sungguh! “Ketiga? Aku la yang kena call tanya khabar?”
“Perempuan mana boleh jual mahal sangat. Nak-nak perempuan garang.” Farisya ketawa lagi. “Tapi tak. Ketiga, doa keajaiban dari Tuhan. Sebab biasanya lelaki yang jumpa Dahlia tak berani dekat dah.” Makin gamat bilik itu.
“Ikut tips kau orang ni sekali jadi lecturer kita semester depan naya aje. Hari-hari aku kena baca teori.”
“Mana ada lecturer muda dekat kolej ni, lagi-lagi course kita. Confirm selamat punya.”
“Betul tu. Kalau lecturer, apa susah. Mulakan dari nombor tiga dan ulang. Tapi kan Dahlia, entah-entah ni petanda.”
“Petanda apanya? Badi?” Dahlia menguap malas.
Farhana buat tak dengar. “Petanda yang jodoh kau dah dekat sebab kau dah mandi air munga.” Usikannya disambut rakan sebilik yang lain.
“Banyak kau punya munga.” Dahlia menutup pintu almari usai mengeluarkan baju basahan. Sempat dia mencalit sisa lecak dipipi Farhana sebelum melangkah keluar untuk ke tandas.
“Dahlia Ahmad!!!” Bilik itu macam nak runtuh dengan jeritan nyaring Farhana. “Habis la muka aku, mangkuk! Kalau tumbuh jerawat macamana!” Beberapa orang yang berada diluar bilik berpandangan sesama sendiri, tertanya-tanya apa yang histeria sangat tu.
“Jodoh?” Dahlia tersenyum sinis sebelum membiarkan air pancuran menyiram tubuhnya. Dalam hati berdoa yang dia baik-baik saja. Dia tidak ada masa untuk sakit. Matanya dipejam rapat.
⛺️
Tikar untuk berkelah itu dibentangkan di atas hamparan padang rumput belakang kolej kediaman yang tak riuh seperti selalu. Kebanyakan pelajar pulang bermalam minggu itu. Lusa dah ada kelas. Dua bungkus roti, tiga tin besar tuna, satu plastik salad segar yang sudah dibasuh, satu mangkuk penuh dengan tomato yang sudah dipotong dan ayam gunting-gunting dalam lipatan kertas coklat disusun atas rumput.
“Ah, kenyang!” Tin minuman teh bunga yang sudah kosong itu dibiarkan tersadai di tepi kasut yang bersusun. Dahlia, Farhana, Raihana dan Farisya berbaring santai di atas tikar dengan perut penuh sambil merenung langit gelap yang berbintang. Udara malam bertiup lembut.
“Tak lama dah nak final exam, kan? Sekejap aje masa.”
“Tu la. Macam baru semalam aku judge kau annoying sebab tak reti balas senyuman dan lambaian aku.”
“Rupanya tak nampak sebab rabun hahaha.” Hening pecah malam itu.
Farhana menggosok lengan bajunya perlahan. “Korang.”
“Hmm?” Dahlia menyahut.
“Kepentingan pertumbuhan dalam ekonomi dari sudut Islam menyatakan social justice mementingkan kebahagiaan manusia. Kebahagiaan manusia tak bergantung hanya pada material, tetapi berdasarkan contentment, dan gratitude. Setuju?”
“Ugh, Farhana. Kenapa aku rasa macam dah dalam dewan hadap blank paper yang kena penuhkan dalam masa tiga jam. Serammm.” Farisya ketawa mengekek. Mentang-mentang la semester ni mereka daftar subjek Makroekonomi. “Tapi aku setuju.”
“Aku pun.” Respon Dahlia. “Kita masih boleh hidup dalam suasana yang sederhana. Kadang-kadang kita tak perlu pun semua benda; kita cuma mahu memenuhi keinginan untuk ada.”
“Kita memang tak perlukan material yang banyak untuk bahagia. Tapi bukan tak perlukan duit langsung. Makin bertambah usia, we actually seeking for a comfort. And comfort need a good amount of money. Sebab itu kena bijak uruskan kewangan. Dalam masa yang sama, rasa cukup dengan apa yang kita ada.”
“Orang cakap no external force like money can make you happy. It is your personal decision to stay happy when you poor.”
“Siapa cakap Farhana?” Tanya Raihana sengaja mengusik.
“Read, Raihana. Read.” Jawab Farhana dalam nada malas nak melayan. “Boleh tak nak tidur sini malam ni? Best gila kalau bumbung bilik tu transparent dan boleh nampak langit setiap hari.”
“Boleh la fikirkan usul semester depan untuk join majlis perwakilan pelajar.”
“Siapa nak undi aku? Kau?” Farhana menjulingkan mata ke atas.
“Tahun depan will be the last semester kita ada kokurikulum wajib. Lepas ni dah kena pandai cari sendiri. Korang dah fikir nak join kelab apa?” Dahlia memejamkan mata sejenak.
“Aku ingat nak fokus dengan bisnes tudung aku. Kau Farhana?” Balas Farisya.
“Aku dengan Raihana fokus dengan creation based activity aje kut. Cuba cari nilai yang boleh highlight.”
Are you okay?
Satu pesanan ringkas melalui aplikasi Whatsapp dari nombor tidak dikenali itu menarik perhatiannya. Matanya dibuka dan tangan mencapai telefon dengan malas. Siapa? Dahlia tertanya sendiri. Salah nombor agaknya, tapi dia layankan juga. Sekadar berbahasa.
Sorry, tapi ni siapa ya?
Tak lama selepas itu, pertanyaannya dibalas.
The one yang ruin your mood petang tadi. Remember? You dah pergi klinik?
Oh. Dahlia ketap gigi. Perbualan kosong antara Farisya, Raihana dan Farhana yang diselangi ketawa itu sudah tak mencecah telinga. Berfikir apa yang patut dikatakan pada lelaki itu. Tiba-tiba dia tersedar sendiri. Haih, nak jawab okay pun susah ke? Apa laa punya kompleks!
Tak, saya okay. Thanks.
Okay. Night.
“Apa plan kau, Dahlia?” Farhana mengecilkan anak mata. Konon ingin membaca fikiran kawannya yang satu itu.
Telefon pintar berwarna hitam itu terus dicampak ke atas tikar. Bintang yang seakan berkelip itu direnung macam nak tembus. Everything I wanted - Billie Eilish berdentum perlahan di telinga. “To be honest kan, I just want to live in the moment.”
But I have promises to keep,
And miles to go before I sleep,
And miles to go before I sleep.
Stopping by Woods on a Snowy Evening by Robert Frost
🎭
“So they knew what is synthetic mica is all about?” Soal Julia sebaik sahaja tiba di pejabat. Tin minuman dari peti sejuk kecil dikeluarkan lalu dihulur pada Redza.
Redza menyimpan telefon pintarnya ke dalam poket seluar. “They knew it is a mineral, adds the sparkle in the make up.”
“That’s all?” Julia mengeluh kecil. “Dan semua setuju untuk keluarkan natural mica dari our supply chain and swirched to synthetic mica. Apa yang lebih penting dan melegakan dari tu? You did a good job.”
“Thanks.” Huluran fail-fail penting itu disambut. Redza singgah di pejabat Julia untuk menghantar wanita itu pulang sebaik saja perjumpaan mereka selesai, sementara dia menyemak dokumen penting di rumah.
“Berapa lama meeting to convince them?”
“About two hours.”
“Gosh.” Julia menggeleng kecil. “It must be hard for you to please a group of wealthy people but your dad, huh?”
Redza sekadar tersenyum. “Nothing more devasted than the fact that mineral harvested by children as young as 10.”
“It is. At least we have a better education here.” Julia menghela nafas sebelum memandang Redza, dan merenungnya.
“What?” Redza mengerutkan dahi.
Julia mengangkat sebelah bahu. “Nothing, I just believe that one day you will be a great professor.”
“So you have to call me Redza The Great.”
“You wish!”
Jelingan itu mengundang tawa Redza sebelum dia meminta diri untuk pulang. “Thank you for the drink! Don’t stay up too late.”
💻
“Dahlia.” Raihana menyeru nama Dahlia, memecahkan jeda apabila menyedari budak berdua itu sudah terlelap. Penat la tu seharian mengulangkaji subjek yang bikin pecah kepala.
“Hmm.” Graveyard - Halsey tenggelam timbul di sebalik suara Raihana. Matanya semakin memberat.
“Adam apa cerita?”
Terus celik sepasang mata bundar Dahlia apabila mendengar pertanyaan yang satu itu. Dia ambil masa beberapa ketika untuk menjawab. Ingatannya melayang pada pertemuan mereka tempoh hari.
“Kad apa ni, aunty?” Huluran sekeping kad bewarna pastel itu disambut hormat. Sebelah tangan membuka bonet kereta yang sarat dengan barang.
“Dahlia datang ya, bawa ibu sekali. Aunty ada buat makan-makan sikit hujung minggu depan.”
“Majlis doa selamat? Sempena pindah rumah baru ke, aunty?” Tulisan yang tertera pada permukaan kad itu dibaca sekali lalu. Dahlia bertanya lagi, mengusik.
“Dahlia tak tahu lagi? Adam nak tinggalkan aunty dah. Dia dapat offer kerja dekat Australia.”
“Oz?” Hampir tak terkeluar suara itu bertanya. Sungguh dia terkejut. Aku seorang aje ke yang baru tahu semua ni? Patut la aunty menempah berkotak-kotak bahan untuk menyediakan puding daripada ibu.
“Ya.” Adam yang tiba-tiba muncul dari belakang itu membuatkan pegangan Dahlia terlepas. Kotak yang penuh dengan tepung susu itu hampir terjatuh tapi lekas di sambut Adam.
“Sorry.” Bonet kereta itu ditutup, sengaja ingin melarikan anak mata.
“Aunty masuk dulu. Terima kasih hantarkan.” Mereka bersalaman dan berpelukan. Dahlia menghantar kelibat itu pergi dengan lambaian kecil. Aunty Syazana sempat memberi isyarat mata kepada Adam yang hanya difahami anak beranak itu sebelum membawa masuk vial perasa-perasa ke dalam rumah.
“Tak apa. Jom masuk, minum dulu.” Adam mempelawa sopan.
Dahlia mengerling jam tangan sekilas. “Thanks, tapi tak dapat kut. Saya kena balik, ibu seorang aje dekat kedai tu. Lagipun weekend, kan. Dah bagitahu aunty dah tadi.” Kebiasaannya Dahlia tak menolak, tapi tidak kali ini.
“Aaa, too bad.” Adam menyembunyikan kecewa dengan tersenyum nipis. “Jangan lupa datang malam nanti.”
Dahlia hanya mengangguk sebelum berlalu ke pintu belah pemandu. Pintu dibuka dengan sebelah tangan. Adam hanya memerhati di hadapan pagar. “Inshaallah, tak janji. Anyway, congrats.”
“I happy kalau you dapat datang. Tak tahu lagi bila boleh jumpa, kan?”
Kata-kata Adam kembali terngiang di telinga sebaik sahaja Dahlia memakirkan Honda Jazz itu di hadapan kedai kek milik ibunya. Kad di atas dashboard itu dipandang sekilas sebelum Dahlia keluar dari perut kereta.
Sudahnya Dahlia sedar yang dia sememangnya tiada jawapan pun. “He’s doing great, I guess.”
🌔
Dada-dada langit dihiasi dengan taburan bintang malam itu, berkelipan bagai mengalu-alukan kedatangannya. Unggas berlagu riang. Dahlia melangkah perlahan mendekati taman mini yang terletak tidak jauh dari garaj. Sesekali dia mengusap lengan yang membeku. Suara-suara yang berbual mesra dari dalam rumah kedengaran sayup-sayup ditelinga.
Rumah dua tingkat itu terang-benderang dengan beberapa buah kenderaan tetamu terparkir di dalam dan luar pagar. Lebih dari lima buah meja bulat kemas tersusun di bawah dua khemah yang didirikan di perkarangan rumah. Mereka yang hadir malam itu merupakan ahli keluarga, kenalan dan rakan-rakan Adam sendiri yang dijemput atas undangan majlis doa selamat bagi mengucapkan selamat jalan kepada Adam.
“Dari jauh nampak khemah ni, aku ingat Adam nak kahwin dah.” Kata-kata itu di sambut riuh.
“Not yet la.” Jawab Adam ringkas dengan senyuman masih di bibir.
Perbualan kosong sekumpulan manusia itu berselang-seli dengan gelak ketawa setelah hampir tiga tahun tidak bersua muka. Kali terakhir mereka berjumpa pun pada majlis perjumpaan di salah sebuah hotel di Kuala Lumpur. Masing-masing sudah mempunyai kerjaya yang stabil dan berkeluarga, namun masih ‘mereka’ yang sama seperti zaman belajar dulu. Tak berubah. Adam memang menyimpan hasrat untuk berjumpa dengan mereka semua sebelum berangkat pergi pada minggu hadapan.
“Kira kau apply Pharmacy Board of Oz la eh? Setahu aku negara selain New Zealand kena lulus exam conducted by Australian Pharmacy Council dulu.” Ashraf bertanya soalan itu ketika mereka berdiri tidak jauh dari pintu utama.
“Betul la tu, selain kena apply visa sekali. Leceh sikit sebab dua permohonan tu berasingan. Kalau berjaya registered under Pharmacy Board, belum tentu lepas visa.” Adam menjawab sebelum matanya menangkap kelibat seseorang yang di kenali sedang memeluk tubuh, jauh dari keramaian. Senyumannya melebar tanpa dipaksa.
“Kau orang berbual la eh. Aku nak pergi sana sekejap.”
Empat orang rakan sekelasnya semasa di Matrikulasi Pulau Pinang itu menahan senyum selepas menghalakan pandangan ke arah yang di tunjukkan lelaki itu.
“Pergilah, lama dah dia tunggu tu.” Iman tersengih mengusik.
“Banyak la.” Adam sekadar menggeleng. “Thanks for coming.”
“Sure, congrats bruh.”
Adam menepuk bahu kenalannya itu sebelum bergerak menghampiri taman mini yang lengang. Dahlia yang membelakangkannya masih menghadap air terjun buatan. Kelihatan beberapa ekor ikan koi sedang berenang di dalam kolam. Lampu hiasan yang berada di situ automatik terpasang sebaik sahaja Adam berdiri betul-betul di bawahnya.
Lamunan Dahlia terhenti apabila taman mini itu di limpahi cahaya tiba-tiba. Dia berpaling secara refleks. Jantungnya berdetak sedikit laju apabila seraut wajah tenang itu menyapanya.
“Dekat sini rupanya. Dah lama sampai?” Lelaki berkulit cerah yang memakai baju melayu kelabu itu tersenyum ramah. Warna yang mengingatkan Dahlia pada seseorang yang wajahnya sudah dilupakan.
“Tak juga. Cantik taman ni.” Puji Dahlia, merujuk pada bunga-bunga ros yang mengeliling mereka. Ros merah itu terbuai-buai mengikut arah angin. Rata-rata tetamu Adam yang datang meraikannya malam itu tidak dikenali, membuatkan dia mencari tempat yang menenangkan untuk bersendirian.
Lelaki tinggi lampai itu sekadar mengangguk lalu menghilangkan diri untuk ke meja yang penuh dengan hidangan tidak jauh dari situ. Dahlia ingat Adam sekadar menegur namun sangkaannya meleset apabila lelaki itu kembali dengan dua gelas kaca berisi teh pudina.
“You suka bunga ros?“ Adam berdiri tidak jauh dari Dahlia yang sedang mengeluarkan telefon pintar dari beg silang. Sekeping gambar diambil sebelum ditunjuk pada Adam. Lelaki itu hanya tersenyum.
“Suka, tapi tak pandai jaga. Pokok kaktus pun layu dah sebab tercampak keluar. I letak dia tepi tingkap.” Dahlia tersenyum sendiri. “Ironi, kan? Padahal nama I diambil sempena nama bunga.”
Adam bersandar lengan pada dinding, lebih santai. “I yang beli bunga-bunga tu.”
“Pandai you pilih. You beli dekat mana?”
“Bukan dekat sini.” Adam memang tidak mahu mendedahkan tempat sebenar dia membeli bunga-bunga itu. Sengaja ingin melihat bagaimana Dahlia memandu arah perbualan mereka.
“Oh.” Dahlia mati akal untuk bertanya lagi. Memang dia tak berharap Adam datang menegurnya pun. “Yang duduk dekat meja tu semua kawan you ke? Macam baru sampai. Pergi la tegur dulu.” Matanya menjeling gelas kaca berkaki yang masih di pegang kemas lelaki itu.
“Dah. I cari you sebab ingat you tak datang.”
“Siapa nak teman ibu kalau I tak ikut. Dia tak boleh drive malam, mata dah tak awas.”
“Kalau ibu you boleh drive, you tak datang la untuk jumpa I?” Adam bertanya seraya memandang tepat ke arah gadis itu.
Pertanyaan Adam membuatkan Dahlia terkedu. Terus dia melarikan pandangan, memandang skrin yang terpapar gambar ros tadi.
“Tak juga. Kebetulan dah cuti semester.” Dahlia menjawab perlahan. Cuba bersahaja semampu yang boleh.
Adam tersenyum nipis. “Yeah, right.”
Nada suara yang mendatar itu membuatkan Dahlia diselimuti rasa bersalah yang bukan kepalang. Adam masih mengunci mulut. Nampaknya dia perlu mengubah topik perbualan. Come on Dahlia, think! Dia taknak pertemuan yang mungkin buat kali terakhir ini berakhir canggung. Tiba-tiba gadis itu teringatkan sesuatu.
“Memandangkan you dah ada dekat sini, I nak tanya sesuatu, boleh?”
Adam yang sedang menatap langit berbintang itu mengangkat kening. “Macam serius aje bunyinya? But nope, I single lagi.” Lelaki itu ketawa bersahaja apabila Dahlia pasang muka tak kuasa.
“Bukan pasal tu la.” Dahlia menghela nafas. Lega melihat lelaki itu kembali tersenyum. “Are parabens dangerous?”
Adam hampir jatuh rahang apabila pertanyaan itu mencecah telinga. Tanpa mampu ditahan, dia ketawa besar membuatkan beberapa pasang mata dari meja bulat memandang ke arah mereka. Sungguh, dia langsung tak menyangka soalan itu yang akan dilontarkan oleh Dahlia.
“I ni nampak macam pil berkaki eh?” Lelaki itu bertanya dengan ketawa yang bersisa. “Ke sama dengan muka lecturer kimia yang you kenal?”
Gelagat lelaki itu diperhati dari jauh. “Aku tak pernah nampak Adam ketawa macam tu.” Amira berbalas pandang dengan Suzana.
“Haah. Smile ear to ear kut.” Suzana mengiyakan. “Siapa tu?”
Nisaa yang berdiri tidak jauh dari mereka sedikit tersentak. Adam yang masih berbual dengan gadis berjubah hitam itu dipandang lama. Pinggan kosong itu di letakkan kembali ke tempatnya. Terus wanita muda itu berlalu pergi.
“Tak tahu, tak pernah nampak. Sepupu kut, muda semacam.” Farhah yang berselendang hitam itu mencapai sepotong tembikai tanpa bersangka apa-apa.
Dahlia sembunyi senyum dengan berdehem kecil. “Lately ni I banyak dengar pasal harmful ingredient in cosmetic tapi tak tahu nak tanya siapa. I’m just curious.”
“Kalau I dah fly, siapa nak tolong jawab soalan you?” Akhirnya lelaki itu menghulur gelas tadi dengan tangan kanan. Sebelah tangan lagi memegang kemas gelas untuk dirinya sendiri.
“Thanks.” Dahlia menyambut dengan senyuman tanpa menjawab soalan itu. Memang untuk aku ke? Gadis itu mendekatkan wajah dengan bibir gelas sebelum menghidu aroma pudina yang menusuk hidung. Wangi.
“There’s chance that parabens are harmful.” Adam memasukkan jemarinya yang membeku ke dalam poket seluar. “Kenapa you nak tahu?” Dahlia dikerling sekilas.
“Sebab paraben bukan cuma ada dalam kosmetik aje kan? Ada dalam deodorants, syampu, ubat gigi, conditioners, losyen badan.” Dahlia membilang dengan jari. “If it is harmful, shouldn’t we stop using it?”
Adam tersenyum. Gelagat itu hanya diperhati. “Betul la tu. Paraben digunakan untuk menghentikan pertumbuhan kulat, bakteria dan potentially damaging microbes lain. It is also tricky to notice, since dia ada nama lain yang mungkin di gunakan pada mana-mana diskripsi produk which is Alkyl parahydroxy benzoates, if I’m not mistaken.”
Berkerut dahi Dahlia mendengar sebaris perkataan yang berbelit untuk disebut itu. “Jadi tak bahaya sangat la?”
“Macam yang I kata tadi, berkemungkinan besar. Kulit kita ni organ terbesar untuk penyerapan, jadi apapun yang kita letak dekat kulit akan masuk dalam bloodstream. Substances yang absorb lalu digestive system, akan ada enzim that help to break them down. Tapi substances yang menyerap melalui kulit, tak akan lalui proses ni.”
“Maksudnya terus ke bloodstream, unfiltered?” Dahlia meneguk teh pudina itu sedikit.
“Exactly. Wanita sangat terdedah dengan bahaya jenis ni. Ada banyak kesan yang perlu ditanggung pengguna melalui harmful ingredient yang lain, not only for parabens.”
“Horrible.” Dahlia mengusap lengan bajunya kerana kesejukan.
“It is. However, buat masa ni tak ada lagi kajian saintifik untuk membuktikan yang paraben ni ada link to cancer. Much better kalau you guna natural resources atau peka dengan kandungan produk yang you pakai. Educate yourself.”
“Faham. Thank you.” Dahlia mengerling jam tangan sekilas. Sedar tak sedar dah hampir dua jam dia bertapa di rumah itu.
“You know what, Dahlia?”
Dahlia meliarkan pandangan untuk mencari kelibat ibunya namun tidak kelihatan. “Hm?”
“Tak pernah ada lagi orang berbual dengan I tanya pasal harmful ingredient. I believe that you are not an open book.”
Dahlia sekadar menggeleng perlahan mendengar kenyataan yang keluar dari mulut itu. Dia tak tahu yang aku tanya soalan luar alam sebab nak keluar dari suasana janggal membunuh tu! Dahlia tak rasa ada topik yang boleh diperkatakan mereka berdua, tapi dalam masa yang sama dia perlu bersikap natural.
“I wish you all the best.” Dari sini Dahlia nampak ibunya keluar dari rumah, diikuti beberapa wanita separuh abad yang lain. Gadis itu melambai dari jauh.
“Thank you for coming.” Adam memandang ke arah deretan bunga ros yang menari perlahan. “Dahlia.”
“Ya?” Kerap pula lelaki itu menyeru namanya malam ini. Dahlia mengangkat wajah lalu membalas renungan lembut itu.
“See you when I see you. I betul-betul harap ini bukan kali terakhir kita jumpa.” Adam tersenyum ikhlas di bawah bulan yang bersinar terang.
🛫
Suasana di lapangan terbang dengan suara pengumuman yang bergema bertingkah dengan perbualan dari pelbagai bahasa itu menyedarkan Adam bahawa perpisahan itu pasti dan hatinya yang memberat itu hanya boleh dipujuk sendiri.
Adam melambai kecil ke arah ahli keluarga yang menghantarnya di lapangan terbang pagi itu buat kali terakhir sebelum menapak ke balai berlepas. Langkahnya terhenti sendiri di hadapan pintu masuk sebelum berpaling, mencari seraut wajah di celah lautan manusia yang pelbagai ragam. Suasana itu perlahan-lahan berubah, pengumuman panggilan terakhir penerbangan ke Kota London yang bergema berganti dengan kicauan burung, dinding konkrit bertukar menjadi pepohon ratusan tahun. Matanya jatuh pada kasut kulit yang diganti dengan Adidas.
“Dah lama tak joging?”
Dahlia mencabut earphone dari telinga apabila satu suara menegur dari arah belakang itu kini berlari beriringan di sebelahnya.
Dahlia menarik sengih. Ingatkan tak jumpa lagi dah. “Baru ada mood.” Dia mengeringkan peluh dengan hujung tuala yang melingkar di atas bahu. “Selalu ke turun joging?”
“Selalu, you aje yang tak perasan.”
“Sorang aje?”
“Berdua la ni.”
Dahlia ketawa kecil. Dia memperlahankan langkah sebelum berdiri di hadapan penghadang besi jambatan taman rekreasi itu. Adam melemparkan pandangan ke arah pokok-pokok yang menghijau.
“Dah sarapan?”
“Dah. Makan roti marjerin dengan teh. Awak?”
“Belum. Baru nak ajak sarapan sekali.”
“Oh.” Gadis itu menggaru kepala di sebalik tudung. “Nak saya teman ke?”
“Tak apa. Just asking.”
Dahlia sekadar mengangguk. “Makan roti canai tau, mesti rindu nanti.”
Apa atau siapa yang dia akan rindu? “Dahlia.”
Dahlia berpaling secara refleks. “Ya?” Dia bertanya polos, tidak menjangkakan sesuatu yang luar biasa.
“You...”
Dahlia mengerutkan dahi. Apa yang susah sangat nak cakap tu? “Ya, saya?”
“You hantar I tak nanti?”
Pertanyaan yang kedengaran tenang namun teragak-agak itu membuatkan Dahlia tergamam. Nak ketawa pun ada sebab dia tak pernah nampak sisi Adam yang satu ini.
“Tak kut, sebab semester baru dah mula. Saya jarang balik.” Dahlia melarikan anak mata ke arah jam di pergelangan tangan, cuba untuk kelihatan natural walaupun jantung dah berdetak laju.
Jeda di antara mereka dipecahkan dengan bunyi ayam berkokok dari telefon pintar Dahlia. Hampir saja dia melatah. Dia tersenyum serba-salah kerana Adam turut sama terkejut. “Pardon my alarm. Hari ni memang decide nak joging setengah jam je. Ibu suruh balik cepat. Ada apa-apa lagi ke sebelum I balik?” Gadis itu meminta diri.
“Ada.” Lelaki itu menarik beberapa langkah ke belakang. “Tapi you cuma boleh tahu kalau you datang.” Cubaan mengumpan yang hanya berkesan pada orang lain, tapi tidak buat Dahlia. Gadis itu hanya membisu, memberi renungan yang tidak membawa maksud apa-apa.
“It’s okay, nak buat macamana kan? All the best.” Adam menarik senyuman segaris seraya memalingkan tubuh menyambung larian, langsung tidak berpaling ke belakang.
“You too! All the best!” Dahlia melaung dari jauh walaupun kepalanya penuh dengan tanda tanya.
Macam dejavu. Sama seperti ketika dia menghentikan lariannya secara drastik di tengah-tengah laluan pejalan kaki lalu berpaling menghadap taman rekreasi yang lengang. Hanya tiupan bayu pagi yang menyapa muka, Dahlia tiada.
Adam menarik senyuman tawar. Setangkai ros merah yang diletakkan di celah buku yang sengaja dibimbit itu dikeluarkan lalu dimasukkan ke dalam tong sampah berdekatan.
See you when I see you, mungkin hanya tercapai di syurga yang berpintu.
The past is the past for a reason.
That is where it is supposed to stay,
But some cannot let it go.
In their heads it eats away
Until all their focus becomes
The person they used to be,
The mistakes they made in their life.
Oh, if only they could see
That you cannot change what happened,
No matter how hard you try,
No matter how much you think about it,
No matter how much you cry.
What happens in your lifetime
Happens for reasons unknown,
So you have to let the cards unfold.
Let your story be shown.
Don't get wrapped up in the negative.
Be happy with what you have been given.
Live for today not tomorrow.
Get up, get out, and start living,
Because the past is the past for a reason.
It's been, and now it is gone,
So stop trying to think of ways to fix it.
It's done, it's unchangeable; move on.
Changing The Past by Donna
Comments