Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2021

Esok Yang Menjanjikan (2021)

In the name of Allah, the most Gracious, the most Merciful EVEN NOT TODAY, IT’S TOMORROW “I hate hospital.” Aisha Huda mengeluh sendiri apabila di minta untuk membuat pemeriksaan kesihatan oleh syarikat tempat dia bekerja. “Kenapa? You selalu sakit ke?” Haidar yang duduk di hadapannya itu bertanya dalam kesejukan di sebuah cafe kecil tempat mereka berjumpa. Kafe berdinding kaca yang menyajikan masakan melayu itu sungguh mempesonakan pada waktu malam, lebih-lebih lagi diserikan dengan hiasan chandelier di atas kepala. “Dulu, masa kecil. Tapi walaupun sekarang I dah jarang sakit, pada I hospital tetap sinonim dengan lemah, derita, kesakitan. Ketakutan menanggung sakit yang tidak boleh disembuhkan oleh wang dan menunggu berita buruk tentang orang yang paling you sayang. I boleh collapse kalau demam pun. So I akan elakkan semampu boleh untuk masuk hospital.” Sebab tu dia tabik dengan doktor dan mereka-mereka yang bertanggungjawab menggerakkan institusi itu.  Berkerut habis wajahnya cub...

Rigel (2022)

Didn't want a battle, Yet you declared war, Each knock you gave me made me stronger than before. I will not give up, I will not give in. You won't make me fall. I won't let you win. Life’s Own Battle oleh Emma Jackson 2022 Slot Teknik Solekan anjuran Kelab Dinamika “Sebelum letakkan base dan bedak asas, you all kena pakai eyeshadow dulu. Tahu tak kenapa?” Seorang gadis muda berkulit licin mengalahkan gelas yang memakai turban di kepala itu melontarkan soalan kepada pengunjung yang sudah siap sedia duduk di hadapan cermin masing-masing. Julia menebar pandangan ke seluruh pelusuk dewan melihat wajah-wajah polos yang kelihatan lost itu. “Sebab lebih mudah bersihkan kotoran bawah mata tanpa rosakkan foundation.” Dia hanya tersenyum melihat masing-masing mengangguk faham. “Okay, seterusnya. Ambil berus yang I pegang ni dan angkat tinggi-tinggi.” Seisi dewan kecil itu melakukan perkara sama. “Tahu tak berus yang I pegang ni berus apa?” “Err, berus blending untuk mata?” Sahut satu...