Skip to main content

Esok Yang Menjanjikan (2021)

In the name of Allah, the most Gracious, the most Merciful

EVEN NOT TODAY,

IT’S TOMORROW

“I hate hospital.” Aisha Huda mengeluh sendiri apabila di minta untuk membuat pemeriksaan kesihatan oleh syarikat tempat dia bekerja.


“Kenapa? You selalu sakit ke?” Haidar yang duduk di hadapannya itu bertanya dalam kesejukan di sebuah cafe kecil tempat mereka berjumpa. Kafe berdinding kaca yang menyajikan masakan melayu itu sungguh mempesonakan pada waktu malam, lebih-lebih lagi diserikan dengan hiasan chandelier di atas kepala.


“Dulu, masa kecil. Tapi walaupun sekarang I dah jarang sakit, pada I hospital tetap sinonim dengan lemah, derita, kesakitan. Ketakutan menanggung sakit yang tidak boleh disembuhkan oleh wang dan menunggu berita buruk tentang orang yang paling you sayang. I boleh collapse kalau demam pun. So I akan elakkan semampu boleh untuk masuk hospital.” Sebab tu dia tabik dengan doktor dan mereka-mereka yang bertanggungjawab menggerakkan institusi itu. 


Berkerut habis wajahnya cuba membayangkan suasana penuh hectic yang perlu di hadap setiap hari. Kalau dia jadi pegawai perubatan, boleh menjerit satu hospital suruh semua orang diam agaknya sebab tak tahan dengan tekanan dan suasana tu sendiri. Menelan kenyataan jauh lebih menakutkan dari menelan pil demam yang sepucat mukanya.


“Sebab tu ke you beriya-iya taknak pergi klinik dulu?” Lelaki itu menyembunyikan senyum. “You tahu tak, hospital di penuhi dengan orang yang baik-baik?”


“Maksud you?” Pertanyaannya ditenggelamkan oleh lagaan sudu dan garpu. Setelah beberapa minit menunggu, akhirnya dua pinggan Laksa Johor mendarat di hadapan mereka. Kecur liur Aisha melihat lingkaran spageti yang diserikan dengan timun, daun kesum, kacang panjang, bawang besar, lobak masin, bunga kantan dan daun selasih sebelum tenggelam dalam lautan merah keemasan yang berasap nipis. Tidak dilupakan, sambal belacan!


“Thank you!” 


“Welcome. Enjoy your meals.” Pelayan itu tersenyum sebelum beredar.



“Hospital ada doktor yang tak putus asa dengan rahmat Tuhan membantu pesakit sembuh, jururawat yang penuh kesabaran melayan kerenah pesakit dan bersifat kemanusiaan, ahli keluarga yang meletakkan seluruh harapan pada Tuhan tapi tetap beriman pada Qada’ dan Qadar, dan nikmat sakit yang di kurniakan kepada pesakit tu sendiri menghapuskan dosa.” Dia tersenyum manis sehinggakan gadis itu terpegun. “So pull yourself together okay kalau satu hari nanti you kena pergi.” Limau Kasturi yang harum itu diperah dengan hujung jari.


“Hm, make sense.” Spaghetti itu akhirnya masuk ke dalam mulut Aisha yang sedari tadi tidak betah. Suapan pertama Laksa Johor itu membuatkan gadis itu tergamam. Dia memejamkan mata sejenak. Nikmat Tuhan mana lagi yang ingin kau dustakan, Aisha? “Ya Allah, sedapnya. I rasa I tak boleh tinggalkan Malaysia.”


“Kenapa?”


“Mana boleh tak pekena Laksa Johor dalam sebulan.”


“Heh, ingatkan sebab tak ada I.” 


Aisha menjulingkan mata ke atas. “Next time kita makan nasi dagang nak?”


“Sure. I rasa I tahu tempat mana yang sedap.”


“Okay, I belanja. Sambung cerita tadi.”


“Sama macam manusia yang perlukan makanan untuk hidup, you tetap kena makan ubat untuk bertahan, kan? You are healing through hardships.” Sempat lelaki itu berseloroh.


“I still hate hospital. There is no second chance bila you sedar masa you dah tak banyak.” Aisha termenung. Bibir yang sedikit comot di lap dengan permukaan tisu. 


“Satu hari nanti you akan hadap bittersweet ni, sebab mati itu pasti. Peluang tu dah di bagi selama mana you bernafas.” 


“Macamana I nak tahu peluang tu sentiasa ada?” Akhirnya gadis itu mengangkat wajah. Sepasang matanya bertakung. Kehilangan orang yang dia sayang adalah perkara yang paling menakutkan untuk dia hadapi, dan bersedia untuk itu adalah keputusan yang paling teruk dia akan lakukan. “I takut.” Bisiknya halus.


Haidar berpaling dari menghadap tingkap kaca Kafe Anggerik. Dia tersenyum dengan air muka yang tenang. “Tahu dan sedar adalah dua benda yang berbeza, Aisha. Lagipun, pertemuan mana yang lebih baik selain pertemuan hamba dan Sang Pencipta?”


Sebaik sahaja mengucapkan selamat malam di hadapan pintu utama Kafe Anggerik untuk membawa haluan masing-masing, Aisha mengeluarkan telefon pintar dari beg silang. Menunggu nada dering itu berganti dengan suara yang menyenangkan.


“Assalamualaikum.”


Aisha menghela nafas lega. Hatinya berbunga-bunga. Rindu. “Waalaikumussalam, mak. Sihat? Nak makan nasi kandar kat Penang tak?” 


“Aih, tak mahulah. Lutut mak sakit la. Kalau nak bawa mak pergi umrah, mak okay.”


Aisha ketawa. “Kita makan nasi kandar dulu, baru pergi umrah. Boleh?” Perbualan mereka berpanjangan sambil dia melangkah menuju tempat parkir kereta, ditemani bintang-bintang yang berkelipan di dada langit.


+


I always adore doctors. Pernah terfikir untuk join healthcare line bila dah bekerja nanti sebab I suka environment hospital. 


Jom create memories eating together :)

Comments

Popular posts from this blog

Rigel (2022)

Didn't want a battle, Yet you declared war, Each knock you gave me made me stronger than before. I will not give up, I will not give in. You won't make me fall. I won't let you win. Life’s Own Battle oleh Emma Jackson 2022 Slot Teknik Solekan anjuran Kelab Dinamika “Sebelum letakkan base dan bedak asas, you all kena pakai eyeshadow dulu. Tahu tak kenapa?” Seorang gadis muda berkulit licin mengalahkan gelas yang memakai turban di kepala itu melontarkan soalan kepada pengunjung yang sudah siap sedia duduk di hadapan cermin masing-masing. Julia menebar pandangan ke seluruh pelusuk dewan melihat wajah-wajah polos yang kelihatan lost itu. “Sebab lebih mudah bersihkan kotoran bawah mata tanpa rosakkan foundation.” Dia hanya tersenyum melihat masing-masing mengangguk faham. “Okay, seterusnya. Ambil berus yang I pegang ni dan angkat tinggi-tinggi.” Seisi dewan kecil itu melakukan perkara sama. “Tahu tak berus yang I pegang ni berus apa?” “Err, berus blending untuk mata?” Sahut satu...

An ill-fitting dress to a stranger

“Have you ever attached in long term with someone that you no longer talk to?”  “I do. But  it started to become a burden on his shoulder when I put a glimpse of expectation that barely can be seen.” “What can be a burden when you are not even meeting each other?” “Hope.” “That’s what we called love, lady.” If I heard this word five years ago, I would sarcastically smile and disagree at all. But I realise that I am no longer a teenager and love is actually… existed. It just exist in numerous different ways. Last night, I received a call from a good friend of mine during matriculation year, G, that currently living somewhere in Spain. 10504km away from Malaysia, with 6 hours apart. She shows me a glance of her apartment surrounded with construction in the middle of the city that I’m not familiar with while eating prawn salad, casually pick up from where we left off 2 years ago. It’s mind blown on how fate take her to, far from her own plan and expectation. And of course, better...

Alnilam (2018)

"Jiji." Jiji mengetap bibir, menahan rasa sebak yang tiba-tiba datang tak dijemput. "Hmm...?" Dia menyahut, tapi cukup perlahan. Seakan semua tenaganya sudah disedut keluar. Dicuri oleh insan bernama Danee dalam tempoh masa tak sampai setahun dia mengenali lelaki itu. Masih terngiang-ngiang bunyi siren ambulans dan bau ubat yang kuat menusuk hidung. "Hey, semua okay?" Azka bertanya lembut di hujung talian. Jiji menggenggam kalung yang tergantung di leher, hadiah daripada lelaki itu sebelum Azka terbang ke Melbourne. "Okay." Langit malam semakin pekat. Angin bertiup lembut menampar pipi. Azka dirasakan begitu dekat. Azka menggeleng. Tipu... "You dekat mana ni?" Jiji memeluk tubuh di hadapan kolam renang. "Rumah kawan I." Dia cuma mahu bermalas-malasan di atas katil ataupun berada di tempat lain. Tak kisah la dekat mana-mana tapi bukan di sini! "I see." Azka terdiam sejenak. "Kawan you...