
Jiji mengetap bibir, menahan rasa sebak yang tiba-tiba datang tak dijemput. "Hmm...?" Dia menyahut, tapi cukup perlahan. Seakan semua tenaganya sudah disedut keluar. Dicuri oleh insan bernama Danee dalam tempoh masa tak sampai setahun dia mengenali lelaki itu. Masih terngiang-ngiang bunyi siren ambulans dan bau ubat yang kuat menusuk hidung.
"Hey, semua okay?" Azka bertanya lembut di hujung talian.
Jiji menggenggam kalung yang tergantung di leher, hadiah daripada lelaki itu sebelum Azka terbang ke Melbourne. "Okay." Langit malam semakin pekat. Angin bertiup lembut menampar pipi. Azka dirasakan begitu dekat.
Azka menggeleng. Tipu... "You dekat mana ni?"
Jiji memeluk tubuh di hadapan kolam renang. "Rumah kawan I." Dia cuma mahu bermalas-malasan di atas katil ataupun berada di tempat lain. Tak kisah la dekat mana-mana tapi bukan di sini!
"I see." Azka terdiam sejenak. "Kawan you yang abang dia accident..."
"Yeah, yang accident sebab I tu." Pantas Jiji memintas kata-kata Azka.
"Jiji..." Azka menghela nafas panjang. "Apa yang berlaku tu bukan salah you. Benda nak jadi, apa yang kita boleh buat? Sekarang dia dah sedar, kan?" Lembut suara Azka memujuk.
"I yang tak okay sekarang ni."
"Kenapa pula?"
Nampak sangat dia dah tak kuasa nak melayan aku. "Fine. I letak dulu. Nanti sambung." Haish, dah kenapa emo semacam ni? Dah la mat tu sudah terlalu sibuk tapi masih sudi nak meluangkan masa mendengar masalah kau, lepas tu nak buat perangai? Tak cukup lagi ke mama dan ayah tinggalkan kau, kau nak buat dia abaikan kau juga?
Jiji rasa nak marah diri sendiri yang gagal mengawal perasaan, walhal dulu dia terkenal dengan sikapnya yang tenang. Malah ketika Dania datang berjumpa dengannya lalu menyerahkan sebuah kotak bewarna merah ikonik itu pun, dia masih mampu menghubungi Danee untuk berbincang. Tapi sekarang?
"Cuba bagitahu I, kenapa you rasa serba salah? I nak tahu."
"Of course I’m! Dia datang sini sebab I paksa dia datang. I suruh dia ambil balik hadiah yang dia bagi dekat I sebab I rasa tak layak. Sebab... sebab I blackmailed him. Of course I rasa bersalah, for God sake! Family dia baik sangat dengan I. Kalau diaorang tau apa yang jadi ni ada kena-mengena dengan I..." Seluruh tubuh Jiji menggigil. Tak terbayang apa akan terjadi pada hubungan persahabatannya dengan Dania. Itu satu-satunya kawan yang dia ada!
"Pada I, you dah tebus dah pun kesalahan you."
Jiji ketawa sinis. "Boleh lagi you cakap perkataan tu?”
"Silap besar yang dilakukan kebanyakan orang adalah bila dia sangka seseorang itu tak pernah beri yang terbaik just because she tried her best, but in the hardest times. She had to fight twice. She is you, Ji.”
Jiji terdiam. Dia teringat kembali sewaktu dia berada di sisi Danee yang terlantar di atas katil hospital sambil menangis teresak-esak meminta lelaki itu untuk terus bertahan. Dia berjanji akan memakai gelang itu selamanya. Jiji cuma mahu lelaki itu bernafas dan kembali bangun seperti sedia kala.
“Please... Tolong kuat demi keluarga you. I takkan boleh maafkan diri I kalau ada benda buruk jadi pada you.” Jiji berbisik perlahan dengan air mata yang bergenang.
Jemari lelaki itu tiba-tiba bergerak perlahan, dan mereka berbalas pandang dengan mata Danee yang separa terbuka. Jiji menelan sedu-sedan sebelum pantas menekan butang kecemasan di kepala katil memanggil doktor. Jantungnya berdegup kencang dengan doa yang tak putus-putus. Hanya Tuhan saja yang tahu bagaimana huru-haranya hidup seorang Najiha ketika itu.
"So please, pull yourself together. Your feeling is valid, but your exam won’t wait until you are ready."
Jiji memejamkan mata sejenak. "Yeah. I patut hadap buku dah sekarang."
"Good girl."
"Azka..?"
"Hmm?"
"You tak jealous?" Kecil suaranya bertanya. Sengaja dia memberanikan diri bagi mendapatkan kepastian, lagi. Ya, dia pernah bertanya setahun yang lepas dan jawapan Azka mengecewakan. Sebelum lelaki itu pulang ke tanah air, ada baiknya dia bertanya. Mukanya sudah terlalu tebal meminta lelaki itu mempertimbangkan hubungan mereka.
Waktu ini, walaupun mereka dipisahkan beribu batu, dapat Jiji bayangkan lelaki itu tersenyum nipis dan menjawab, "Tak." Pendirian lelaki itu takkan goyah walau bagaimana teruk pun keadaannya sekarang. Azka hanya menjaga amanah abangnya untuk menjaganya dengan baik. Lelaki itu takkan berkata yang tidak-tidak semata-mata ingin membuatkan dia rasa hangat dalam waktu begini.
Realiti itu memeritkan dan dia bukanlah heroin drama, sekurang-kurangnya dalam buku Azka. Dia mengangguk perlahan, akur. Jiji berjanji dengan diri sendiri yang dia takkan menyimpan harap lagi. Sebab dia tahu kedudukannya dalam hati lelaki itu, dan selamanya akan kekal begitu. “Thanks, sebab sudi dengar masalah I dan buat I rasa lega. I nak rehat sekejap. Good night.” Klik. Talian terus dimatikan tanpa sempat mendengar balasan daripada Azka.
“Good…” Azka menghela nafas panjang. “Night. Adik kau memang keras kepala dari kecil, huh?” Ujarnya pada sekeping gambar yang merakam memori dia dan Jaleel yang tersenyum lebar di hadapan bangunan institusi pendidikan ketika menghadiri majlis konvokesyen lelaki itu.
Jiji menarik nafas yang dirasakan tersekat. Pandangannya kabur. Air mata yang mengalir di pipinya dibiarkan berderai jatuh. Rantai yang terikat kemas di pergelangan tangan bergemerlapan disuluh cahaya bulan.
Dan Danee masih memeluk tubuh, memerhati dari belakang.
*
Jiji mengetap bibir melihat figura yang membelakangkannya itu. Selepas bersarapan, dia cuba mencari kelibat Danee di serata rumah ketika menemani mama Dania melihat taman mini, namun gagal. Heh, what do you expect la nak cari mamat tu dalam rumah sebesar alam ni. Dia masih tahu adab sebagai seorang tetamu. Pencariannya berakhir apabila Dania datang dan memberitahu di mana abangnya berada sambil tersengih-sengih. Jiji sekadar menggeleng.
Pintu bilik bacaan yang sememangnya sudah terbuka itu diketuk perlahan. Pergerakan Danee terhenti sendiri, tapi tidak pula lelaki itu berpaling.
Jiji memberanikan diri menapak masuk dengan perlahan-lahan dan berdiri tegak betul-betul di hadapan meja bewarna putih yang memisahkan mereka berdua. Dia berdehem perlahan bagi membersihkan tekak. "Dania cakap you tak sarapan lagi. I... ada bawakan sandwich kalau you rasa lapar, incase you ada banyak lagi kerja nak buat."
Danee meletakkan buku yang ingin dicapainya tadi kembali ke tempat asalnya semula. Lambat-lambat dia berpaling. Matanya jatuh pada pinggan putih yang penuh dengan sandwic di atas dulang.
Jiji menunggu dengan sabar. "You nak makan sekarang?"
Mata Danee memanah tajam, membuatkan Jiji tak tentu arah. Sejak Danee pulang dari hospital, mereka langsung tidak bercakap, malah lelaki itu langsung tidak memandangnya. Jiji mengerti. Hubungan mereka tidak berakhir dengan baik sejak kali terakhir mereka berjumpa.
Pinggan itu diletakkan di atas meja. "It's okay kalau you belum rasa nak makan. You boleh makan bila-bila you nak. Tapi pastikan you makan. I... I keluar dulu." Jiji dah berpaling, siap sedia untuk beredar.
"Kenapa you tiba-tiba baik dengan I?"
Langkahnya mati. Selama ni aku jahat ke pada dia? Lambat-lambat Jiji memandang wajah itu semula. "I risau sebagai kawan pada adik you. I cuma ambil berat, because it hurts me… when she’s hurt. Kalau you tak selesa I datang..."
"Ini tak dipanggil ambil berat, Najiha kalau you tak tahu apa dia makna serba salah." Tajam kata-kata itu memanah hati Najihah Syukri.
Jiji cuba berlagak tenang yang sejak kebelakangan ini semakin sukar untuk dilakukan. Dia mengerutkan dahi. "Apa maksud you?"
Danee menarik senyum segaris lalu melabuhkan punggung di atas kerusi kulit. Lama dia memandang Jiji, sebelum pandangannya jatuh pada permukaan meja. Pen dicapai dan diputar tanpa sebab. "I tahu kenapa you tiba-tiba berubah sikap dengan I. Sebab you tahu kenapa I pergi Seremban dan kemalangan, kan? You don't have to do that. I tak perlukan simpati you."
Mata Jiji tak berkelip. Seluruh tubuhnya menggigil menahan marah. "Apa maksud you? Yes, I felt bad dengan apa yang dah jadi tapi ni semua bukan berpunca dari I, kan? Kalau you tak berterus terang, I will treat you comfortably. Kalau you memandu elok-elok, you takkan kemalangan. Kalau you tak bagi I rantai tu, I tak perlu minta you turun Seremban." Suaranya sedikit menggeletar.
"True that. Semua salah I. Salah I sebab sukakan you. Rantai tu ada dekat dengan nadi you pun sebab you takut tanggung rasa bersalah seumur hidup. Kalau I mati malam tu, ketakutan jenis apa yang akan menghantui hidup you? You lebih takut I mati, dari berharap I terus bernafas kan?”
Jiji tergamam. Sungguh, dia tak faham dengan apa yang terjadi sekarang. Mengapa lelaki ini menyerangnya bertubi-tubi seolah-olah dia yang memegang stereng malam itu? Sudahnya dia hanya mampu membalas renungan Danee yang tidak lagi lembut seperti dulu.
"You menangis, Jiji. Apa maksudnya? Betul la kan?" Danee tersenyum, langsung tak terusik melihat Jiji yang masih berdiri kaku. “You cuma nak lindung diri you, walau sebesar apa pun luka orang lain.”
Jiji mengesat air matanya kasar dengan belakang tapak tangan. "I'm leaving."
"And don't forget to not come back." Dingin.
Jiji tersenyum sinis seraya mematikan langkah. “I lupa sesuatu.” Dia kembali berpaling untuk memulangkan barang yang bukan kepunyaanya. “You can put all the blame on my shoulder because it is the soul that carry the burdens. Kalau I adalah seorang perempuan yang menyakitkan orang lain untuk melindungi keamanan diri sendiri, you adalah lelaki yang perlu berehat dari menganggap semua perkara akan mengikut kehendak you. We are not the same.” Terus gadis itu berpaling pergi, meninggalkan Danee yang terpaku merenung rantai tangan yang tersadai di atas meja.
[ 1 January 2018 ]
Comments