Cerita Pendek 2021

Just an excerpt of stories without the ending, even the tittle have been forgotten….

🌪️

Someone live to tell a tale.


PROLOG


“Siapa tu? Macamana Pak Lang boleh kenal dia?” Hakim memperlahankan suara ketika Hud melangkah masuk ke ruangan dapur. Pertemuan empat mata secara tidak sengaja itu benar-benar membuatkannya teruja.


“Siapa?”


“Jubah hitam, bawal kelabu. Yang makan malam sekali dengan kita tadi.” Dia tak pernah nampak seraut wajah itu di rumah bapa saudaranya sebelum ini. Takkan ada hubungan kekeluargaan kut. “Nama dia Maryam, kan?”


“Dia anak kawan abah.”


Langkah Maryam ke dapur untuk membasuh cawan terhenti di sebalik dinding. Diaorang tengah bercakap tentang aku ke?


Hakim menghela nafas lega. “Not bad. Ayah dia kerja apa?”


“Kenapa kau nak tahu sangat pasal dia?” Riak wajah Hud jelas kurang senang.


 “Dia salah seorang pelajar tempat aku bekerja. Aku tak ajar dia, tapi yang duduk depan kubikel aku lecturer dia.”


Pergerakan Hud terhenti. “Dia belajar okay?” Soalnya perlahan.


Hakim mengangkat sebelah bahu. “Pada aku dia salah seorang pelajar bermasalah.”


Darah terasa menderu turun ke muka. Maryam mahu segera pergi dari situ, tapi entah kenapa kakinya bagaikan terpasak di lantai untuk terus mencuri dengar. Kedua-dua belah tangan digenggam erat.


Jeda seketika. “Apa yang dia dah buat?” Hud bertanya serius dengan sebelah tangan dimasukkan ke dalam poket seluar.


“Kau nak tahu?” Ujar Hakim sengaja menguji. “Aku takkan cakap apa-apa kalau kau taknak dengar.”


“Kau expect aku akan biarkan meja bersemut bila kau dah spill the chocolate?”


Lelaki itu ketawa bersahaja. “Kenapa kau nak tahu? Selama ni kau tak pernah kisah pasal orang lain, apatah lagi bila libatkan perempuan.”


“Sebab tu aku malas nak ambil peduli bila dah ada sepupu tiga suku macam kau.” Hud berpaling, mahu meninggalkan Hakim yang bersandar di dinding peti sejuk.


“She’s cheating on online test.” Balas Hakim selamba. Kata-kata itu mematikan langkah Hud dan nafas Maryam. Seluruh tubuhnya menggigil.


“You ada student nama Maryam?” Kopi berasap nipis dalam mug hitam itu diletakkan atas meja. Kerusi di tarik sebelum melabuhkan duduk. 


“Seingat I tak ada. Kenapa?”


“Seeloknya you perhatikan dia sebab you mengajar salah satu courses yang dia akan ambil. She had been suspended for cheating last semester. Pensyarah lain suspek dia meniru dalam tiga subjek, tapi satu aje yang tertangkap.”


Kening Hakim terangkat. “Sebab tu ke pihak kolej revise balik assessment by terminating online quizzes? Just because of her?”


“Banyak kes dah, dia salah satu darinya. To make it worst, that subject is her major. Tak tahu sama ada she is desperate atau malas nak belajar, nasib dia yang tak baik. Ah, aku pun tak tahu nak cakap macamana. Beginner, beginner.” Wanita itu menikmati kopi pekat itu sambil memejamkan mata. Kehangatan yang bagaikan mengalir dalam tubuh memberikan rasa nyaman dan menyegarkan kepala yang serabut dengan masalah disiplin pelajar.


“Jadi dia kena repeat for the subject next semester ke?”


“Nasib dia masih baik, dia ditangkap masa test, bukan final exam. Puan Faridah maafkan dia, malas nak panjang-panjangkan hal dengan harapan dia belajar dari kesilapan.”


“Jadi you nak kata yang Puan Faridah pun tak ada bukti yang kukuh nak cakap dia meniru?” 


Wanita itu mengangkat bahu. “Online quizzes, hanya Tuhan aje yang nampak. You pun tahu probability yang ada. She’s an above average student. Dia capai 3.5 pointer and above dua semester berturut-turut. Untuk accounting student, it’s quite empressive untuk tak repeat hard core subject.”


“Susah nak definisikan kualiti pelajar melalui pointer semata-mata. Pada I, elok jadi average student tapi boleh survive dekat luar sana tak hanya bergantung dengan soalan on paper. Kita bukan nak produce product macam tu. Integrity and accountability adalah nilai yang paling penting sekali.”


“Indeed.”


Wanita itu menghela nafas panjang. “Teknologi dah semacam ujian yang mencabar iman.”


“Budak ni terlalu obses untuk penuhi tanggapan orang lain. Dan I tak rasa dia akan meniru bila semua mata perhatikan dia. Atas sebab apa dia meniru, itu kita kena cari tahu tapi I yakin dia takkan buka mulut. Thanks for telling me.” Hakim berdiri.


“Kalau dia ada masalah dia sepatutnya bagitahu.”


Hakim tersenyum segaris. “You yakin ada yang nak dengar tanpa sebarang prejudis and go through with her? She have to be responsible for the outcomes.” Soalan yang dilontarkan itu membuatkan seraut wajah itu berubah.


“Kau masih sukakan dia?” Soal Hakim, sengaja menduga. Belakang tubuh sepupunya itu dipandang dengan senyuman nakal. “I’m afraid not.”


“Aku tak pernah cakap aku sukakan dia.” Putus lelaki itu tanpa berfikir panjang. Langkah Hud terhenti apabila figura Maryam berdiri tegak tidak berkutik di hadapan pintu dapur menghalang laluannya. Sepasang mata itu kosong pada wajah yang tidak bergula namun sarat dengan emosi yang tertahan. Mereka berbalas pandang dalam senyap.


 🌪️


“If I were a tree, I would have no reason to love human.”


“So you are naturalist?”


Maryam mengecilkan matanya. “Not really. My best moment bila saya meditating to oceans, waterfall. Tapi saya tak suka tengok pokok kena tebang.”


“Tempat you further study nanti serius lawa. Wild nature, macam mini amazon. You takkan bosan travelling all around even for another three years.”


“Biasa la universiti dekat Malaysia memang dalam hutan kan.” Maryam pasang muka pasrah. “Saya boleh tengok sunrise dan sunset kalau balik lambat.”


“Those purple skies.”


“True!” Maryam segera mengiyakan. Memang cantik sangat, hebat sungguh kuasa Tuhan.  Hud memang dah tahu dah sebab ada lagi sebuah rumah keluarganya di daerah berdekatan.


“Dan sekarang ni you manusia, definitely you akan fall for human.” Adam tersenyum senang sebelum berlalu pergi meninggalkan Maryam jauh di belakang.


Memori yang berputar di kepala bagai kaset rosak itu terhenti apabila figura yang cuba di elak dari bertembung itu menghalang laluannya.


“Kenapa you lari?”


Maryam mengerutkan dahi. “I’m walking, obviously.” Balasnya sinis. 


“You marah dengan kenyataan yang you dengar semalam? What do you expect from me?”


“You never live up to my expectation, why bother to ask now? You lupa yang nature is not always calm. It has its own wild side be it storms, or tsunamis.”



Comments

Popular Posts