Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2018

Alnilam (2018)

"Jiji." Jiji mengetap bibir, menahan rasa sebak yang tiba-tiba datang tak dijemput. "Hmm...?" Dia menyahut, tapi cukup perlahan. Seakan semua tenaganya sudah disedut keluar. Dicuri oleh insan bernama Danee dalam tempoh masa tak sampai setahun dia mengenali lelaki itu. Masih terngiang-ngiang bunyi siren ambulans dan bau ubat yang kuat menusuk hidung. "Hey, semua okay?" Azka bertanya lembut di hujung talian. Jiji menggenggam kalung yang tergantung di leher, hadiah daripada lelaki itu sebelum Azka terbang ke Melbourne. "Okay." Langit malam semakin pekat. Angin bertiup lembut menampar pipi. Azka dirasakan begitu dekat. Azka menggeleng. Tipu... "You dekat mana ni?" Jiji memeluk tubuh di hadapan kolam renang. "Rumah kawan I." Dia cuma mahu bermalas-malasan di atas katil ataupun berada di tempat lain. Tak kisah la dekat mana-mana tapi bukan di sini! "I see." Azka terdiam sejenak. "Kawan you...

I Love The Way You Lie (2018)

"Mama beli hiasan tu dekat Oz." Hampir terloncat aku apabila ditegur secara tiba-tiba ketika sedang leka melihat hiasan handmade yang tergantung di tingkap tu. Dah la lampu dalam dapur tidak dihidupkan sepenuhnya. Terus aku berpaling, dan apabila wajah itu menyapa pandangan, aku dapat rasa yang jantung aku dah gugur ke lantai. "Encik Mika." Aku tunduk sedikit, sebagai tanda hormat kepada abang Danee. Jantung semakin berdegup kencang. Ala, bukan selalu jantung aku nak exercise. Terbayang pula organ paling kuat bekerja itu di atas mesin treadmill. Aku ketawa lucu dalam hati. “Oh, patut la. Cantik.” Aku membuang pandang ke arah hiasan itu sekilas, cuma mengawal nada suara agar tidak kedengaran terlalu menggeletar. Dia senyum. "Tak payah la berencik-encik dengan saya. Saya kan abang Danee. Panggil Mika je." Dia ambil cawan, tuang air jambu batu merah jambu dari dalam bekas air berjenama Tupperware dan kemudiannya bersandar malas tepi pet...

Bintang Paling Terang (2017)

Mac 2002 "Tahu tak bintang dekat langit biru atas tu, umur dia berapa?"  Adra mengangkat kepala apabila soalan yang ditanya itu kedengaran menarik; bebas dari menggeliatkan jemari buat origami kucing dia tu. Pen yang dipegang dibiarkan bergolek atas meja. Angin yang bertiup lembut cukup terasa apabila duduk di sudut balkoni bilik dengan pintu sliding door luas terbuka. Dari situ, terdengar sayup-sayup bunyi televisyen. Nia suka suasana tu. Sangat memenuhi ruang, katanya. "Emm... Dua tahun?" Adra cuba nasib. Nia tersengih. "Salah." "Sebaya kita?"  Lagi lebar sengihan dia. "Tak la." "Dah tu?" "Bintang-bintang yang nampak paling terang tu kan, sebenarnya dari masa lalu. Cahaya yang kita tengah nampak sekarang, adalah cahaya dari masa lalu." Jelas Nia, sambil menunjuk bintang paling bersinar tu dengan jari telunjuknya.  Bulat mulut Adra membentuk huruf O. Kagum. "Kalau ...