"Mama beli hiasan tu dekat Oz."
Hampir terloncat aku apabila ditegur secara tiba-tiba ketika sedang leka melihat hiasan handmade yang tergantung di tingkap tu. Dah la lampu dalam dapur tidak dihidupkan sepenuhnya. Terus aku berpaling, dan apabila wajah itu menyapa pandangan, aku dapat rasa yang jantung aku dah gugur ke lantai.
"Encik Mika." Aku tunduk sedikit, sebagai tanda hormat kepada abang Danee. Jantung semakin berdegup kencang. Ala, bukan selalu jantung aku nak exercise. Terbayang pula organ paling kuat bekerja itu di atas mesin treadmill. Aku ketawa lucu dalam hati. “Oh, patut la. Cantik.” Aku membuang pandang ke arah hiasan itu sekilas, cuma mengawal nada suara agar tidak kedengaran terlalu menggeletar.
Dia senyum. "Tak payah la berencik-encik dengan saya. Saya kan abang Danee. Panggil Mika je." Dia ambil cawan, tuang air jambu batu merah jambu dari dalam bekas air berjenama Tupperware dan kemudiannya bersandar malas tepi peti sejuk dengan mata yang sesekali merenung ke arah sini.
Aku menggaru kepala yang tidak gatal di sebalik tudung, cuba berlagak tenang. "Okay, terima kasih.” Aku menunduk hormat. Jujur, sehingga ke saat itu aku masih tak sangka aku dapat duduk sebumbung, makan semeja, dan kini boleh pula berbual bersama dengan lelaki yang cukup serba-serbi. Dan semua ini tak ubah seperti mimpi yang akan tamat tak lama lagi. Aku kena rakam perbualan ni kemas-kemas dalam ingatan. Esok, aku perlu hadap realiti.
Ah, perancangan Tuhan itu selalu yang terbaik. Dia hanya menemukan kami ketika aku sedar yang aku memang tiada jodoh dengannya. Doa aku dimakbulkan, cuma tunggu pada waktu yang sesuai.
"Fikir apa sampai berkerut dahi tu?" Mika ketawa halus. Cahaya yang terus dari bulan menyimbah wajahnya yang kelihatan berseri-seri.
Aku tersentak dari termenung panjang, memikirkan rancangan Tuhan untuk aku. Tanpa sedar, jemari aku biar menari di telinga cawan kaca. Aku membetulkan duduk. "Tak. Cuma terfikir macamana rasanya dapat jumpa dengan ‘benda’ yang dah lama kita nak dalam hidup." Aku bertanya polos, tanpa berfikir dulu. Kerana perasaan ini sesuatu yang masih belum dapat aku tafsirkan. Pasti ada sebab Tuhan pertemukan kami ketika aku menyangkakan bahawa ia sesuatu yang mustahil.
"Kita akan rasa sangat beruntung dan terpilih, Aya. Jadi kita akan lebih hargai apa yang kita ada."
"Oh, how lucky she is." Aku ketap bibir. Jadi betul la yang dia dah berpunya?
Tiba-tiba dia ketawa. "Nak jumpa benda yang kita betul-betul nak tak semestinya jumpa perempuan atau lelaki yang kita suka, Aya. Hidup ni sebenarnya perjalanan mencari Tuhan. Dan awak akan jumpa apa yang awak cari. Kalau awak nak kebaikan, awak akan jumpa kebaikan, begitu juga sebaliknya."
Muka aku pula yang merah padam. Aku berdehem kecil. "Oh okay. Thanks, Mika. Saya minta diri dulu." Cepat-cepat aku basuh cawan dan melangkah pergi.
"Aya." Lembut suara tu memanggil.
Langkahku mati di muka pintu. Lambat-lambat aku berpaling. Kami berbalas pandang beberapa saat.
"Percaya dengan janji Dia." Dia tersenyum manis, yang juga satu pandangan paling indah aku pernah lihat sepanjang hidup aku.
Aku tarik senyum segaris. "Will do, will do." Dan aku berpaling, menyusun langkah dengan satu pandangan yang berbeza dan baru. Ya, kehadiran dia benar-benar membawa impak dalam hidup aku. Ini yang Tuhan mahu. Aku tersenyum sambil memejamkan mata. Rasa kosong tu dah terisi.
Tuhan sebenarnya yang aku cari, yang aku rindu.
*
“Jadi, selama ni dia tipu?” Hampir sahaja perkataan itu tersekat di kerongkong. “Tapi kenapa?” Aku rasa marah tiba-tiba. Hilang terus bayangan lelaki yang penuh berkarisma dan mengagumkan pada mata sendiri. Yang tinggal hanya renungan membunuh yang sukar ditafsirkan. Sikap lelaki itu dan berita sebenar yang baru aku dengar bagaikan berlanggar dalam kepala dan berdentum kuat. Betul la aku tak kenal dia.
“Dah lama kenal Danee?”
“Tak ada la lama mana, sejak zaman matriks.” Dia ajak jumpa malam ni semata-mata nak tanya hubungan aku dengan adik dia aje ke? Sumpah, debar ketika dia memperkenalkan diri di hujung talian masih lagi belum hilang. “Kenapa you tanya?”
“You tahu dia dah ada girlfriend?”
Aku sedikit tersedak. “Danee ada... girlfriend?” Sumpah aku tak tahu! Berani mamat tu sembunyikan dari aku? Tapi siapa? Aida? Takkanlah!
Lambat-lambat Mikhael mengangguk. Dan ayat yang keluar dari mulut lelaki itu mengosongkan segala bayangan kemungkinan yang ada dalam kepala. “So please stay away from him.”
Aku hanya mampu terpaku di atas kerusi mendengar amaran itu sehinggalah tubuh Mika hilang dari pandangan. Apa?
Aku tersenyum sinis. “Kenapa? Dia takut perempuan macam saya masuk keluarga awak?”
Danee menghela nafas. Dan jawapan lelaki itu betul-betul memutuskan nafas aku. “No. Bukan macam tu. Tapi sebab dia sukakan you. Dia takut kita ada deeper relationship.”
Aku tersandar pada tulang belakang kerusi. Sanggup Danee datang jumpa aku dan memaafkan perbuatan abangnya walaupun kami tak lebih dari kawan biasa? “So now, what? Dia expect saya terima dia pula lepas dia guna cara kotor macam ni? Kenapa dia tak jumpa saya sendiri?”
“Siapa cakap I taknak jumpa you?”
Sapaan dari belakang itu membuatkan aku terkedu. Aku memberi isyarat pada Danee bahawa aku tidak mahu berjumpa dengan abangnya, tapi Danee menyakinkan bahawa semuanya akan baik-baik sahaja.
“Talk. Politely.” Sempat dia mengingatkan sebelum berlalu pergi.
“I minta maaf.” Mikhael terus bersuara sebaik sahaja duduk di hadapanku.
“Can you please explain semua benda ni? Danee ada girlfriend, jangan jumpa dia lagi.... Seriously? You tahu tak macamana janggalnya kami hanya sebab I percaya cakap you?” Aku memeluk tubuh. Dah lama aku tak jumpa dia, dan Mikhael sesungguhnya ketara berubah. Kalau tak kerana rasa amarah yang membuak-buak, pasti aku sedang terkesima sekarang. Fokus, Aya. Fokus!
Dia segera mengangguk, mengaku salah. Sebuah kotak dikeluarkan dari poket seluarnya lalu diletakkan di atas meja. “Do you still remember this?”
Aku hanya memandang kosong hiasan dalam kotak putih itu yang sama seperti aku lihat dua tahun lepas di rumahnya. Cuma saiznya kecil sedikit. “You... pergi Oz?”
“Working at Oz is my dream that comes true. I taknak you tunggu I tanpa jaminan sebab I tak tahu samaada I akan balik atau pun tidak.”
Diam, lama.
“You shouldn’t risk my friendship when you can’t even decide, Mika. I felt like… a second option to you.” Aku mengemaskan letak beg sandang di atas bahu, bersiap sedia untuk beredar.
“I minta maaf. I will always choose you, it just that time I can’t commit for a relationship. Tapi sekarang I dah betul-betul yakin dengan apa yang I nak, Aya. I sanggup tunggu jawapan you even if it takes all night.”
Aku menghela nafas berat.
“Call me once you’re ready and please be considerate to us.” Ujar Mikhael, berharap dengan yakin. Aku hanya memandang sepi ke arah kotak itu, masih lagi dengan rasa tidak percaya.
*
3 bulan kemudian.
Mikhael baru selesai keluar dari bilik mandi ketika telefon pintarnya berbunyi tanda ada mesej baru masuk, daripada Aya. Dia sedikit kecewa dan sudah menjangkakan jawapan dari gadis itu namun pesanan yang ditunggu itu dibuka juga. Wajahnya yang keruh tiba-tiba berubah. Senyumannya melebar sebaik sahaja sekeping gambar tingkap itu menyapa pandangan. “Yes!”
Danee yang berada di luar pintu hanya tersenyum kecil mendengar jeritan gembira abangnya sebelum melangkah masuk ke dalam bilik, dengan sebelah tangan terletak elok di dalam poket seluar. Meja belajar itu didekati sebelum lacinya ditarik. Sebuah kotak bewarna merah ikonik dikeluarkan lalu ditilik. Dia menarik senyuman segaris.
“Now or never, Danee.” Dia berbisik perlahan.

Comments