![]() |
Kita tidak akan selamanya gembira mahupun sedih, tetapi layak mendapat pengakhiran yang baik. |
In the name of Allah, the most Gracious, the most Merciful.
Salah satu impian aku bila dah officially 21 tahun ni adalah kembali menulis di blog. It’s been a while since the very last time I post something here. This gonna be the fresh start for my new journey at this age, and Alhamdulillah finally this entry published! I feel blessed. To be honest, I’m not open up to share my life here due to privacy but I do miss writing permanently. I really enjoy blogging past few years back since 2011, so I take a few month for self reflect; what I’m gonna do with this blog.
Here it is.
Ada banyak sebab untuk aku mulakan semula, perbaharui impian dan tujuan. Aku tahu hakikat banyak lagi benda aku tak tahu. Banyak lagi benda yang aku tahu, tapi masih dalam proses untuk belajar menerima. I want to learn it by reading my perspective as I get older and reflect.
Kata F, tahu dan sedar adalah dua perkara berbeza.
Hidup semacam pengalaman menaiki roller coaster. Sekejap, tapi penuh dengan cabaran. Kita rasa seronok, teruja, takut, gementar, menyesal, ingin permainan itu segera tamat sebab perut dah sebu dan yang kita perlukan hanyalah secawan teh pudina hangat.
Walaupun kita tahu, at the end of the ride, kita semua akan selamat. Kecuali takdir menyatakan sebaliknya. Sebelum merisikokan nyawa sendiri, sediakah kita akan kemungkinan untuk mati sebelum kaki mencecah bumi? Kita sendiri tak tahu bila kita mati, tapi kita tahu kita pasti mati.
Tetapi permainan ini semacam ketagihan. Kita akan kembali untuk merasai seribu satu rasa demi memenuhi definisi manusia. Tanpa ujian, kita adalah boneka yang kosong jiwanya.
Macam tu juga dengan kehidupan. Sepanjang tempoh ini, aku belajar banyak benda. Hidup tidak mudah, dan aku tak pernah fikir ianya jauh lebih sukar. Berperang dengan perasaan sendiri yang masih terumbang-ambing dan rasa diri tak cukup bagus itu biasa. Pada saat aku yakin aku sepenuhnya tahu perancangan untuk masa depan aku, di mana kekuatan dan kelemahan aku, bidang yang aku mampu kuasai, passion yang dapat meningkatkan nilai dan terus memperbaiki diri, sikap aku menyatakan sebaliknya. Kadang aku fikir aku terlalu ambisi dan tidak realistik.
Menjadi dewasa itu umpama pahit yang manis. Tidak dominan. Kita akan sentiasa beradaptasi dengan perubahan, memberontak tidak menjadikan kita lebih baik dan setiap hembusan nafas yang dihadiahkan itu perlu di sertakan dengan usaha mendekatkan diri dengan Tuhan. Segala persoalan yang kita lontarkan itu sudah kita tahu jawapannya, tetapi penerimaan adalah suatu pilihan. Kita perlukan masa, yang semakin suntuk.
Akan sampai satu detik, kita hanya perlu menyerahkan segalanya pada Dia demi menyedari hakikat bahawa Tuhan itu Maha Kuasa atas segalanya. Tiada satu pun apa yang ada di muka bumi ni, mahupun daya, milik kita. Jadi mengapa kita harus risau jika sepanjang perjalanan penuh liku ini sudah disuluh terang?
Harta yang paling bernilai mengatasi wang ringgit adalah sekeping hati yang tenang.
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepada-Ku.” (QS. Adz Dzariyat: 56)
Hidup ini penuh dengan keajaiban, hanya saja kita perlu percaya.
Comments