Skip to main content

Posts

Demi Damai (2020)

In the name of Allah, the most Gracious, the most Merciful A B I D E - put up with, tolerate; await; Turutkan rasa inginkan sama, orang lain akan sentiasa lebih daripada kamu.  Turutkan hati mahukan lebih, keinginanmu takkan pernah cukup. Malam. Langit berbintang. Di latari siren polis di jalanan. “You baca tak berita semalam pasal sekumpulan homeless teenagers yang terjun jambatan sebab tak tahan dengan bebanan hidup?” “Yeah. I felt sorry for them, they were just 17.” Redza meletakkan dua tin minuman di antara mereka sambil melabuhkan duduk di atas hamparan padang rumput. “Adil ke untuk manusia dapat penamat yang macam tu? Macam... dunia luar menakutkan kut, dan mereka sepatutnya dilindungi.” “Do you mean by equality?” Redza berpaling ke arah orang di sebelah. Quril mengangkat sebelah bahu. “At least an education to survive this world, perhaps. Don’t you think that if all of us have the same environment and opportunity, it will be less jealousy, nobody hurt, make it easier to than...

Back then when we were safe

Kita tidak akan selamanya gembira mahupun sedih, tetapi layak mendapat pengakhiran yang baik.  In the name of Allah, the most Gracious, the most Merciful.  Salah satu impian aku bila dah officially 21 tahun ni adalah kembali menulis di blog. It’s been a while since the very last time I post something here. This gonna be the fresh start for my new journey at this age, and Alhamdulillah finally this entry published! I feel blessed. To be honest, I’m not open up to share my life here due to privacy but I do miss writing permanently. I really enjoy blogging past few years back since 2011, so I take a few month for self reflect; what I’m gonna do with this blog. Here it is.  Ada banyak sebab untuk aku mulakan semula,    perbaharui impian dan tujuan. Aku tahu hakikat banyak lagi benda aku tak tahu. Banyak lagi benda yang aku tahu, tapi masih dalam proses untuk belajar menerima. I want to learn it by reading my perspective as I get older and reflect. Kata F, tahu dan s...

Alnilam (2018)

"Jiji." Jiji mengetap bibir, menahan rasa sebak yang tiba-tiba datang tak dijemput. "Hmm...?" Dia menyahut, tapi cukup perlahan. Seakan semua tenaganya sudah disedut keluar. Dicuri oleh insan bernama Danee dalam tempoh masa tak sampai setahun dia mengenali lelaki itu. Masih terngiang-ngiang bunyi siren ambulans dan bau ubat yang kuat menusuk hidung. "Hey, semua okay?" Azka bertanya lembut di hujung talian. Jiji menggenggam kalung yang tergantung di leher, hadiah daripada lelaki itu sebelum Azka terbang ke Melbourne. "Okay." Langit malam semakin pekat. Angin bertiup lembut menampar pipi. Azka dirasakan begitu dekat. Azka menggeleng. Tipu... "You dekat mana ni?" Jiji memeluk tubuh di hadapan kolam renang. "Rumah kawan I." Dia cuma mahu bermalas-malasan di atas katil ataupun berada di tempat lain. Tak kisah la dekat mana-mana tapi bukan di sini! "I see." Azka terdiam sejenak. "Kawan you...

I Love The Way You Lie (2018)

"Mama beli hiasan tu dekat Oz." Hampir terloncat aku apabila ditegur secara tiba-tiba ketika sedang leka melihat hiasan handmade yang tergantung di tingkap tu. Dah la lampu dalam dapur tidak dihidupkan sepenuhnya. Terus aku berpaling, dan apabila wajah itu menyapa pandangan, aku dapat rasa yang jantung aku dah gugur ke lantai. "Encik Mika." Aku tunduk sedikit, sebagai tanda hormat kepada abang Danee. Jantung semakin berdegup kencang. Ala, bukan selalu jantung aku nak exercise. Terbayang pula organ paling kuat bekerja itu di atas mesin treadmill. Aku ketawa lucu dalam hati. “Oh, patut la. Cantik.” Aku membuang pandang ke arah hiasan itu sekilas, cuma mengawal nada suara agar tidak kedengaran terlalu menggeletar. Dia senyum. "Tak payah la berencik-encik dengan saya. Saya kan abang Danee. Panggil Mika je." Dia ambil cawan, tuang air jambu batu merah jambu dari dalam bekas air berjenama Tupperware dan kemudiannya bersandar malas tepi pet...

Bintang Paling Terang (2017)

Mac 2002 "Tahu tak bintang dekat langit biru atas tu, umur dia berapa?"  Adra mengangkat kepala apabila soalan yang ditanya itu kedengaran menarik; bebas dari menggeliatkan jemari buat origami kucing dia tu. Pen yang dipegang dibiarkan bergolek atas meja. Angin yang bertiup lembut cukup terasa apabila duduk di sudut balkoni bilik dengan pintu sliding door luas terbuka. Dari situ, terdengar sayup-sayup bunyi televisyen. Nia suka suasana tu. Sangat memenuhi ruang, katanya. "Emm... Dua tahun?" Adra cuba nasib. Nia tersengih. "Salah." "Sebaya kita?"  Lagi lebar sengihan dia. "Tak la." "Dah tu?" "Bintang-bintang yang nampak paling terang tu kan, sebenarnya dari masa lalu. Cahaya yang kita tengah nampak sekarang, adalah cahaya dari masa lalu." Jelas Nia, sambil menunjuk bintang paling bersinar tu dengan jari telunjuknya.  Bulat mulut Adra membentuk huruf O. Kagum. "Kalau ...